Wednesday, September 19, 2018

TIPS: BAGAIMANA MEMPELAJARI EXCEL DAPAT MENINGKATKAN GAJI ANDA 4X GANDA SEPANJANG KARIER ANDA.


Microsoft Excel adalah satu daripada software Microsoft Office yang sangat membantu dalam memudahkan kerja kerja pentadbiran di dalam sebuah syarikat. Majoriti pekerja syarikat yang menggunakan Excel didalam bahagian Administrasi, Perakaunan dan Kewangan bersetuju bahawa Excel memberi perubahan dalam kualiti kerja mereka di dalam sesebuah syarikat.

Kajian menunjukkan terdapat hampir 8.7 juta orang berkerja didalam sektor swasta manakala sebanyak hampir 1.6 Juta orang bekerja didalam sector awam . Dengan keadaan ekonomi masa kini, pemberhentian pekerja dan kadar pengangguran dilihat semakin meningkat tidak kira didalam sector awam mahupun swasta menyebabkan pekerja semakin berlumba- lumba meningkatkan lagi kebolehan mereka untuk menguatkan lagi posisi didalam syarikat serta mengembangkan lagi perjalanan karier mereka untuk mendapat peluang kenaikan gaji. Jadi, apakah cara yang mudah serta memberi impak kepada perkembangan dan peningkatan karier ini? 

Ramai menyangka bahawa kemahiran ‘soft-skills’ sahaja yang penting dalam career growth tetapi kemahiran teknikal seperti Microsoft Office Word, Miscrosoft Office PowerPoint dan Miscrosoft Office Excel juga adalah sangat penting dan mudah untuk dikuasai. Terdapat satu kajian menyatakan bahawa 81% syarikat di seluruh dunia menggunakan Microsoft Excel dan kajan lain juga menyatakan lebih 10 % dari masa bekerja di pejabat juga dihabiskan untuk menggunakan Excel Spreadsheet manakala bagi yang bekerja di dalam bidang Perakaunan dan Kewangan pula menghabiskan lebih kurang 30% dari masa bekerja mereka menggunakan ‘features’ tersebut. 

Namun, apakah kelebihan Excel untuk pengguna lebih lagi yang bekerja didalam sector korporat? 

Apakah yang terjadi jika anda menambah baik kemahiran anda menggunakan Microsoft Excel? 

Pernahkah anda fikirkan impak kemahiran ini terhadap karier anda untuk setahun ataupun 10 tahun? 

Mari kita lihat contoh dari satu Features yang terdapat didalam Excel iaitu ‘Filter’. Filter membantu anda untuk melihat dan menganalisis data dengan lebih spesifik, lebih cepat dan tepat. Ini sekaligus menjimatkan lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja berbanding secara manual. Namun, bukan features Filter sahaja yang membantu tetapi banyak lagi features yang sangat membantu anda untuk bekerja lebih cepat dan cekap contohnya Pivot Table, VLOOKUP dan sebagainya. Dengan kemudahan ini, anda akan bekerja dua kali lebih cepat dan berkemungkinan dapat menjimatkan masa sebanyak 15 minit sehari . Dengan masa lebih tersebut juga anda boleh menyelesaikan tugas-tugas tertunda yang lain yang sebelum ini kerana kekangan masa . Katakanlah jika anda boleh jimatkan 15 minit sehari sehari, jika dikira selama setahun untuk 240 hari masa bekerja , anda telah menjimatkan masa sebanyak 53 jam! 

Di Malaysia, majority penjawat awam serta swasta didalam sector formal masih jauh ketinggalan dalam penggunaan Excel kerana kurangnya kesedaran untuk menambahbaik kemahiran tersebut. Oleh itu, dengan kebolehan anda dalam menggunakan Excel sekaligus meningkatkan kemahiran tersebut, anda telah menjadikan diri anda seorang yang kebolehpasaran serta mempunyai kelebihan dalam daya saing. Anda bayangkan , dengan satu kelebihan ini anda mampu melakukan tugas- tugas yang bernilai tinggi, membuat pengiraan dengan lebih tepat serta anda tidak perlu pening kepala ketika membuat report tahunan di setiap hujung tahun mencari dimana salah anda lagi dan lagi. 

Sesebuah syarikat sentiasa memerlukan asset yang membantu dalam mengembangkan lagi potensi syarikat untuk bersaing di dalam pasaran dan industri . Jadi, dengan kemahiran atau skill yang anda ada untuk menyiapkan tugas secara lebih progresif, teliti, cekap dan cepat dengan menggunakan Microsoft Excel akan mengeluarkan anda dari posisi seorang liability kepada syarikat malah menjadikan anda lebih menyerlah daripada rakan-rakan sejawatan anda sekaligus memberi anda peluang untuk mendapat ebih bonus, kenaikan gaji malah kenaikan pangkat. 

Kajian mendapati gaji yang ditawarkan bagi pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan Excel adalah lebih tinggi berbanding pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tersebut. 

Kesimpulannya, jika anda betul betul inginkan kenaikan gaji dan kedudukan di dalam syarikat anda sedang bekerja, apakah alasan anda untuk tidak memahirkan diri menggunakan Excel?